Penggunaan IQCODE dalam temubual berstruktur bagi menilai perubahan terhadap ingatan dan kemahiran berfikir yang lain untuk penilaian kemungkinan penyakit demensia

Bilangan orang yang menghidapi penyakit demensia dan masalah ingatan dan pemikiran yang lain telah meningkat di peringkat global. Diagnosis awal demensia adalah disyorkan tetapi tiada persetujuan tentang pendekatan terbaik atau bagaimana pakar untuk menilai pesakit. Satu strategi yang berpotensi adalah menemubual rakan-rakan atau ahli keluarga pesakit untuk menilai perubahan dalam ingatan atau kemahiran berfikir yang lain. Pelbagai kaedah untuk temubual "collateral" boleh didapati dan yang paling lazim digunakan adalah Pemberi Maklumat Soal Selidik Kemerosotan Kognitif di Kalangan Warga Emas (IQCODE). Kami telah mencari pangkalan data(databases) yang berbeza daripada kajian yang telah diterbitkan bagi semua kajian yang berkaitan dengan ketepatan IQCODE untuk mengesan penyakit demensia. Kami hanya mendapati satu kajian yang menguji ketepatan diagnostik IQCODE dalam penjagaan primer/ pengamalan umum. Kajian ini melibatkan populasi yang tertentu(Amerika Jepun) dan keputusannya mungkin tidak berkenaan dengan pesakit di negara-negara lain. Kami juga mendapati isu-isu dalam kaedah kajian yang digunakan dan keputusan yang dilaporkan. Berdasarkan satu kajian ini, kami tidak dapat memberi bantuan tentang betapa baiknya IQCODE boleh berfungsi sebagai penilaian penyakit demensia dalam penjagaan primer. Lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang ini memandangkan ramai pesakit dengan masalah ingatan atau pemikiran, akan berjumpa dengan pengamal perubatan / doktor keluarga mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Chan Mei Wai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information