Temu ramah berstruktur kolateral tentang kognisi dan fungsi (IQCODE) untuk penilaian kemungkinan demensia

Bilangan orang dengan demensia dan masalah kognitif lain semakin meningkat di seluruh dunia. Diagnosis awal demensia adalah disyorkan tetapi tiada persetujuan tentang pendekatan terbaik atau bagaimana pakar untuk menilai pesakit. Satu strategi berpotensi adalah menemu ramah rakan-rakan atau keluarga pesakit untuk menilai perubahan dalam fungsi atau kognisi. Terdapat pelbagai kaedah temu ramah kolateral dan yang paling lazim diguna ialah Soal Selidik Kemerosotan Kognitif dalam Golonngan Warga Emas (IQCODE). Kami mencari pelbagai pangkalan data terbitan penyelidikan untuk kertas-kertasl yang berkait dengan ketepatan IQCODE mengesan orang dengan demensia. Kami menemui sebelas kajian yang menguji ketepatan diagnostik IQCODE dalam kalangan individu dalam komuniti, dan berjaya menggabung penemuan-penemuan untuk ringkasan keputusan. Kami bandingkan dua jenis soal selidik IQCODE dan mendapati ketepatan versi singkat dengan kurang soalan adalah sama tepat berbanding soal selidik asal yang lebih panjang. Ketepatan keseluruhan IQCODE adalah wajar walaupun tidak sempurna. Jika IQCODE diguna sendirian untuk menilai populasi warga emas yang besar, ia akan melabel ramai orang dengan demensia yang tiada penyakit tersebut dan gagal mendiagnos dalam perkadaran yang besar.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Roshan Arjun Ananda (Mackay Base Hospital, Australia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information