Orang yang mempunyai epilepsi pada masa kini dirawat dengan ubat-ubat antiepileptik tetapi sebilangan yang signifikan terus mengalami serangan epilepsi / sawan dan ramai mengalami kesan buruk daripada ubat-ubat tersebut. Oleh sebab itu, terdapat minat yang semakin banyak dalam terapi-terapi alternatif dan akupunktur adalah satu daripadanya. Tujuh belas kajian terkawal secara rawak dengan 1538 peserta telah dilibatkan dalam ulasan sistematik yang terkini ini (pencarian literatur telah dilakukan pada 3hb Jun 2013).
Berbanding dengan herba Cina, akupunktur jarum digabungkan dengan herba Cina tidak efektif dalam mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan (sekurang-kurangnya pengurangan sebanyak 50% dalam kekerapan serangan epilepsi / sawan). Jika kita menganggap 500 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya herba Cina kebiasaannya mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan, kami menganggarkan 485 hingga 655 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan akupunktur jarum bersama herba Cina akan mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Berbanding dengan valproate, akunpunktur jarum bersama dengan valproate tidak efektif dalam mencapai kebebasan daripada serangan epilepsi / sawan ataupun kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Jika kita menganggap 136 dari 1000 pesakit yang dirawat hanya dengan valproate biasanya mencapai kebebasan serangan epilepsi / sawan, kita menganggarkan lebih kurang 97 hingga 177 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan akupunktur berserta valproate akan mencapai kebebasan dari serangan epilepsi / sawan; jika kita menganggap 556 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya valproate biasanya akan mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan, kita anggarkan seramai 289 hingga 1000 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan akupunktur berserta valproate akan mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Berbanding dengan phenytoin, akupunktur jarum tidak efektif dalam mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Jika kita menganggap 700 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya phenytoin biasanya akan mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan, kita anggarkan lebih kurang 322 hingga 1000 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya akupunktur akan mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Berbanding dengan valproate, akupunktur jarum tidak efektif dalam mencapai kebebasan dari serangan epilepsi / sawan tetapi ianya mungkin lebih baik dalam mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Jika kita menganggap 136 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya valproate biasanya akan mencapai kebebasan dari serangan epilepsi / sawan, kita menganggarkan lebih kurang 126 hingga 445 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya akupunktur akan mencapai kebebasan dari serangan epilepsi / sawan; jika kita menganggap 556 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya valproate biasanya akan mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan, kita menganggarkan lebih kurang 583 hingga 923 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya akupunktur akan mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Berbanding dengan ubat antiepileptik, implantasi 'catgut' di titik-aku bersama ubat antiepileptik tidak efektif dalam mencapai kebebasan dari serangan epilepsi / sawan, tetapi ianya mungkin lebih baik dalam mencapai kawalan terhadap serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Jika kita menganggap 127 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya ubat antiepileptik biasanya mencapai kebebasan dari serangan epilepsi / sawan, kita menganggarkan lebih kurang 118 hingga 309 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan implantasi 'catgut' di titik-aku bersama ubat antiepileptik akan mencapai kebebasan dari serangan epilepsi / sawan; Jika kita menganggap 444 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya ubat antiepileptik biasanya mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan, kita menganggarkan lebih kurang 475 hingga 840 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan implantasi 'catgut' di titik-aku bersama ubat antiepileptik akan mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Berbanding dengan valproate, implantasi 'catgut' mungkin lebih baik dalam mencapai kebebasan dari serangan epilepsi / sawan tetapi tidak ke atas kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan. Jika kita menganggap 82 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya valproate biasanya mencapai kebebasan serangan epilepsi / sawan, kita menganggarkan lebih kurang 132 hingga 406 dari 1000 pesakit yang dirawat hanya dengan implantasi 'catgut' di titik-aku akan mencapai kebebasan dari serangan epilepsi / sawan; jika kita menganggap 721 dari 1000 pesakit yang dirawat dengan hanya valproate biasanya mencapai kawalan terhadap serangan epilepsi / sawan yang memuaskan, kita menganggarkan lebih kurang 677 hingga 1000 dari 1000 pesakit yang dirawat hanya dengan implantasi 'catgut' di titik-aku akan mencapai kawalan serangan epilepsi / sawan yang memuaskan.
Akupunktur tidak mempunyai kesan sampingan berlebihan yang tidak diingini berbanding dengan rawatan kawalan dalam kajian terlibat. Walaubagaimanapun, kajian terlibat adalah kecil, heterogen ('heterogeneous') dan mempunyai risiko berat-sebelah ('bias') yang tinggi. Adalah tidak pasti samada akupunktur adalah efektif dan selamat untuk merawat orang yang mempunyai epilepsi.
Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.